Review: The Twilight Saga - Senjakala & Cinta Baru (Malay Version)

Assalamualaikum.



Okay..aku nak cerita sikit pasal novel yang aku tengah giler nak baca ni. Nak tahu novel apa?? Erm, novel The Twilight Saga la. Huhu. Disebabkan aku ni lemah sikit nak baca novel English jadi aku baca novel yang dah ditranslatekan ke bahasa melayu. Haha. Terukkan?? Lagi satu English novel mahal. Mana aku mampu sebab student sekolah mana ada income lelebih. Tapi kalau movie aku lagi suka English. Tak la rasa jiwang sangat. Haha. Buat mase ni, novel melayu The Twilight ni ditranslate dan diedarkan oleh pelangibooks publication. Tadi aku jumpe 2 buah novel The Twilight yang dah ditranslate iaitu The Twilight Saga-Senjakala dan Cinta Baru. Cover depan dia lebih kurang macam English version tapi ada tajuk bahasa Melayu dia kat bahagian bawah front cover.


Tapiii, korang akan rasa novel ni a bit cringe sebab penggunaan bahasa Melayu dia. Kalah novel Melayu. Lagi satu, bahasa dia macam direct translate je. Boleh pening-pening lalat dibuatnya. Kena baca dua tiga kali, baru faham apa yang dia nak sampaikan. Kena bertabah sikit lah nak faham tu. Kalau dah pernah tengok movie, korang cepat catch up sikit and ada certain scene takde dalam movie akan ada kat novel. Cara penulis describe situation and surrounding beza sikit dalam movie, macam scene Bella dengan Edward pergi dinner tu and masa Edward reveal yang dia tu vampire. Scene-scene romantik dalam novel ni tetiba rasa macam cringe sikit. Mungkin faktor bahasa Melayu kot, tu feeling dia tak sama macam English version. And sometimes ada yang dorang salah translate macam tetiba dalam satu ayat penggunaan aku/saya ada ulang banyak kali. 

The Twilight Saga- Senjakala



Type
:
Book
Item Code
:
SSTM7001
Weight
:
450 gram
ISBN
:
978-983-00-4232-9
Barcode
:
978-983-00-4232-9
Age Group
:
Umum
Language
:
Malay
Author
:
Stephen Meyer
Dimension
:
130mm X 188mm X 484 muka surat
Price per Unit ( ): RM34.90




NOVEL TERLARIS NEW YORK TIMES NOVEL TERLARIS NEW YORK TIMES
Novel terlaris Publisher Weekly
"Novel Terlaris Sepanjang Dekad... Setakat ini " Amazon
Novel " Pilihan Ramai" Teen People
*"Dihangatkan oleh unsur suspens dan romatik yang seimbang, cerita ini membuat pembaca penuh teruja untuk terus membaca."
- Publisher Weekly
*"Unsur penuh bahaya novel ini mewarnai keterujaan tema kisah cinta rahsia yang disulami unsur perjuangan untuk terus hidup... novel ini membuat pembaca seolah-olah turut merasai pengalaman tersebut." 
- School Library Journal

Siri SAGA Twilight: Senjakala * Cinta Baru Tiga perkara yang aku pasti: 
Pertama, Edward sebenarnya pontianak.
Kedua, sebahagian daripada dirinya - dan aku tidak tahu betapa kuatnya sebahagian itu - yang dahagakan darahku.
Dan ketiga, aku sungguh- sungguh mencintainya.


Then, yang second novel pulak novel The Twilight Saga-Cinta Baru. Sebagai student sekolah yang masih bertatih dengan English, novel ni memang best. Rugi kalau tak baca. Korang lagi faham jalan cerita dia. Sebab movie kenkadang tak berapa jelas jalan cerita dia. Jadi novel lagi dia jelaskan kenapa and apa. Korang rasa tak sabar-sabar bila baca novel ni. Ada rasa saspen, takut, sedih, rindu dan macam-macam lagi la. For sure banyak kali nanti korang nak baca. Macam aku la jadinya. Hahahah. Novel ni describe macam mana teruknya Bella nak move on daripada Edward. Penulis describe satu-satu perasaan tu. Sampailah Bella selamatkan Edward dari Volturi. Kiranya Stephenie Meyer mampu sentuh perasaan pembaca. Macam biasa, bahasa Melayu dia agak direct translate. Kenkadang guna Aku kenkadang guna Saya. Ish hilang jiwa penghayatan terus. But still boleh difahamilah jalan cerita dia. 

The Twilight Saga- Cinta Baru



Type
:
Book
Item Code
:
SSTM7002
Weight
:
500 gram
ISBN
:
978-983-00-4233-6
Barcode
:
978-983-00-423-6
Age Group
:
Umum
Language
:
Malay
Author
:
Stephen Meyer
Dimension
:
130mm X 188mm X 531muka surat
Price per Unit ( ): RM34.90




NOVEL TERLARIS NEW YORK TIMES NOVEL TERLARIS NEW YORK TIMES
" Golongan remaja akan menikmati siri novel penuh pengembaraan ini."
- Booklist
" Novel ini penuh dengan unsur suspen dan romantik." 
- USA Today
" Novel yang mengimbangi unsur romantik dan aksi dengan bijaksana."
- VOYA
" Novel in... membuat pembacanya tertunggu-tunggu novel yang seterusnya ."
- School Library Journal

Aku tahu yang kami berdua benar-benar dalam bahaya. Meskipun begitu, aku masih merasa tenang dan selamat. Merasa sempurna. Jantungku berdengup kencang. Nadiku sekali lagi berdengut pantas dan hangat, dan dadaku penuh dengan keharuman aroma kulitnya. Kelukaan dahulu seolah-olah telah tiada.
Aku sihat - bukan sembuh daripada luka, tetapi seolah-olah luka itu memang sedia tiada sejak mula.


So, aku rasa berbaloi kot bila baca novel-novel ni. Tak la membazir masa cuti ni kan??? Lagipun aku bercuti kat rumah je. Huhu. So, membaca jela yang patut. Tapi aku lagi recommend pergi beli and baca English version sebab penggunaan bahasa Melayu dia, baik lagi karangan bahasa Melayu aku. Kalau korang tak mampu nak beli sebab mostly novel English agak mahal, jadi bolehlah beli yang Malay version. Harga dia lagi mampu milik hahaha.

Till then, salam.







0 person:

Post a Comment